Digital clock

Monday, 5 August 2013

Al-FATIHAH..

Hai kengkawan sihat ke?pejam celik kita dah sampai ke penghujung ramadhan..
Dalam kesibukan Umat islam melaksanakan tanggungjawap berpuasa n dugaan lapar dan dahaga..
Keluarga kami juga diberi dugaan yang kuat dalam penghujung ramadhan ini.

Tanggal 2/8/2013 lebih kurang 3am kami sekeluarga sebelah suamiku dikejutkan dengan pemergian
Adik sepupu sebelah suami [Nurul Shafiza Othman *kak ngah-anak ke2] ke rahmatullah akibat kemalangan 
jalan raya berpunca dr pemandu lain yg tidak berhemah.Sayu terkedu hati ini tat kala menerima panggilan dr pak mertua,dan dengan suasana yang hening di subuh hari itu tiba2 aku terkenangkan nasib yang sama menimpa adik sepupu aku juga yg ketika itu usianya 26thn serta usia perkahwinannya baru menjangkau 5 bulan [Nur Afza Derus *Izan-juga anak ke-2] pada tanggal 9hb January 2013 akibat kemalangan jalan raya juga akibat pemandu lain yang tidak berhemah ..Ya allah sesunguhnya engkau maha mengetahui dan maha menyayangi mereka,dan engkau tempatkan lah mereka ke dalam golongan orang2 yang beriman...dan semoga roh mereka dicucuri rahmatmu..Al-Fatihah.Amin...

Mereka ini adalah diantara sepupu2, 2 belah keluarga aku yang besar..kehilangan mereka amat dirasai..terutama seisi keluarga serta adik beradik.sungguhpon kami tidak kerap berjumpa..tetapi dek  teknologi masa kini..ikatan silaturrahim itu kukuh di hati..Kak ngah memang x dapat dipisahkan dengan hilai tawanyer..madah kiasan pujangganya..tatkala hati gembira senyumnya lebar ketelinga sambil ketawa...:-) Izan pula lemah lembut orangnya tersenyum tat kala gembira..apabila ditegur terima dengan hati terbuka..kuat berangan untuk kebaikan serta untuk mencapai sesuatu yang diinginkan..sepanjang beliau duduk dengan aku sepanjang praktikalnya pd thn 2009..disitulah aku lihat azam serta tekatnya walaupon blm smpi ketahapnya..

Wahai keluargaku semoga kita diberi kekuatan serta ketabahan di atas ketentuan yang maha esa...amin...





2 comments:

  1. Al-Fatihah....

    salam takziah...
    semoga tabah menghadapi dugaanNya ini...

    ReplyDelete